Panggilan.

Salam sejahtera, salam Maulidur Rasul 1435 Hij kalian. Today topic, Panggilan. Sepanjang bergelar Lepasan SPM ni, baru dua surat tawaran ke universiti yg aku terima. So, kali ni panggilan kedua telahpun mengetuk pintu hati aku untuk berfikir secara matang dan waras sama ada nak pergi interview ataupun tak. Hm, sebenarnya surat tu aku baru dapat pagi semalam (13 Jan '14) tapi dia dah suruh dan memaksa aku buat keputusan malam tu jugak. Haih, rasa nak tercabut kepala otak bila fikir kerja lagi, tempat tu lagi, kengkawan lagi. Haiyo, tapi bila parents aku cakap ni semua demi kebaikan dan masa depan aku, benda tu buatkan aku mula berfikir yg masa depan bukan terletak pada benda yg aku fikirkan tu. Bagi aku, takpelah kalau jauh sikit kot dari kengkawan, alaa bukan lama pun tiga tahun ja kan. Korban sikitlah en. So, aku buat keputusan nak terima panggilan tu and pergi interview tu. Kerja aku pulak terpaksalah aku tinggalkan sekejap, takpelah aku ada benda lain yg harus dikejar selain dari duit tu semua. Orang kata hidup kena kejar cinta dan cita-cita. So, ini adalah sesi mengejar cita-cita. Cinta belum lagi lah kot, nanti dah lepas diploma barulah aku kejar betul betul cinta hati aku, hehek.Takpelah takdpat satu kolej dengan kawan pun, in sha Allah nanti dekat sana kalau aku berjaya di-interview, aku akan dapat kawan baru. Hihi aku kan peramah tahap tiga :B kadang orang pun naik penat layan kerenah aku yg sangat peramah ni, tapi bila time aku malu amboooooi sepatah haram tak keluar dari mulut aku. Aku dah, jangan aibkan diri sendiri. Aku berdoa jugak, panggilan ni membuahkan hasil sebab aku pergi nanti dengan menggunakan sijil percubaan SPM je, hm aku takhebat mana pun. Tapi apa apa pun, manusia ni hidup perlu mencuba. So, ini bakal jadi sejarah dalam hidup aku. In sha Allah, walau kemana pun aku jejak kaki ni, aku taklupa asal usul aku, siapa aku, keluarga aku dan kawan kawan aku. In sha Allah.

Kalian, doakan aku berjaya dan segala urusan dipermudahkan sepanjang interview nanti eh? Seperti manusia lain, aku pun perlukan bantuan, walaupun bukan dalam bentuk ringgit tapi hanya sekilas ingatan tulus ikhlas dan sedikit doa mungkin membantu. Terima kasih, Assalamualaikum.



No comments:

Post a Comment

Daisypath Happy Birthday tickers