To : My Future Imam.

Dear my future Imam, 
  Assalamualaikum and hello sayang. First of all, thank you for accepting me in your new life. I am very glad to have you and I guess I'm the happiness girl ever in the world :D You are the one that make me smile again after all I had done with my previous "history". Hopefully you will read my letter till the end of my words.

Dengan lafaz basmalah, surat ini ditulis untuk awak wahai bakal suamiku.
  Saya berdoa agar hubungan kita kekal selamanya sampai ke syurga sana, namun sekiranya takdir menyatakan bahawa tiada jodoh antara kita perlulah kita akur menerimanya. Saya bukanlah insan yang sempurna yang mampu menunaikan semua permintaan awak. Namun untuk ke syurga, saya perlu menguasai ciri ke-empatnya iaitu mentaati suami. Kesukaran mungkin berlaku untuk mencapai matlamat itu, tetapi apakan daya saya hanyalah insan yang ingin merasa untuk masuk ke syurga Firdaus.
   Permintaan saya yang pertama ialah, perhatian dari awak. Itu adalah perkara yang paling diminta oleh seorang wanita kepada seorang lelaki bernama kekasih.Walaupun kecil, namun usaha untuk memberi perhatian kepada seorang wanita memadai dan cukup untuk memuaskan hatinya. Perhatian yang saya maksudkan ialah penjagaan awak terhadap saya dari segi kesihatan dan lain lain aspek yang saya kira penting untuk dititik beratkan. Namun ketahuilah bahawa, wanita tidak ingin terlalu dikongkong oleh lelaki. Kebebasan yang sedikit perlu diberikan agar saya tidak berasa seperti berada dengan 10 orang pengawal yang tegas yang memerhatikan saya setiap masa.
   Permintaan kedua yang saya kira penting untuk mengekalkan hubungan yang harmoni di antara kita ialah batas pergaulan antara awak dengan rakan-rakan terutama sekali perempuan. Sudah terang lagi bersuluh, wanita sangat cemburu bila kekasih hatinya cuba untuk bermesra dengan wanita lain. Perasaan cemburu boleh membuatkan sengketa dan akhirnya hubungan akan renggang. Justeru, saya berharap awak dapat mengawal batas pergaulan awak dengan kawan perempuan awak. Oh, terlupa pula saya tentang kawan lelaki awak. Hhm, saya seorang yang jenis mudah terasa apabila seorang lelaki melebihkan kawan dari segalanya. Harap awak memahami yang saya memerlukan perhatian dari awak walaupun sedikit.
  Permintaan ketiga ialah tidak terlalu terkejar dalam melakukan sesuatu sehingga awak tercicir dalam kerjaya atau akademik awak. Saya mungkin orang yang penting dalam hidup awak, tapi jangan terlalu lebihkan saya sehingga awak terlupa bahawa awak ada tugas yang lebih penting untuk diteruskan. Perkara ini sangat tidak di ingini berlaku kerana hidup perlu berpegang pada satu matlamat sayang. Jangan terlalu gopoh.
   Seterusnya, saya bukanlah insan yang sempurna, justeru saya berharap awak dapat menerima saya seadanya dan sepenuh hati awak. Terima saya bukan sekadar menerima harta dan rupa sahaja, malah berharap awak menerima saya dari peribadi dan sejarah saya sebagai insan yang lalai dan pernah terserong suatu  ketika dahulu. Saya manusia, dan awak juga manusia. Setiap manusia punyai sifat yang berbeza dan miliki kelemahan tersendiri. Saya berdoa agar kita dapat melengkapi kelemahan masing-masing untuk melahirkn hubungan yang sempurna dan kekal abadi.

Akhirkalam, saya meletakkan harapan yang tinggi agar awak dapat membimbing saya ke jalan yang benar dengan penuh kasih sayang. Imam yang teguh dan tetap pendiriannya dan sentiasa memastikan isterinya berada dalam keadaan yang sempurna adalah imam yang menjadi dambaan setiap wanita. Suami mitahli adalah untuk isteri mithali. In sha Allah, satu hari nanti akan diperkenankan doa ku ini dan kita akan ke jingjang pelamin dengan penuh kebahagiaan. Amin.

                                                                                                                     Yang Ikhlas,
                                                                                                            Bakal isterimu, Ain Rasyidah

No comments:

Post a Comment