Changed!

Assalamualaikum kepada semua pembaca yang dihormati. Alhamdulillah aku masih bernyawa lagi pada hari ini bersamaan 26 Ramadan 1434 Hij. Aku terlalu banyak post pasal lelaki kan sebelum ni? So, I decided to change it. No more heartless and everything. Aku nak lupakan semua yang pernah aku lalui, in sha Allah aku akan berjaya. So, sama samalah doakan yang aku akan berjaya dalam hidup dalam apa saja urusan. Okay? 

Hidup ini umpama roda, ada kala kita dekat atas dan ada masanya kita duduk dibawah. Jadi jangan pernah takut dengan bayang bayang sendiri. Hadapi semua cabaran dengan tenang kerana Allah sentiasa bersama kita. Bagi aku, walau sesakit mana pun kita, sentiasa tanam dalam pemikiran yang ada orang lagi susah dari kita dan yang paling penting, setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya. Hidup aku dulu mungkin sakit, sekarang dah ada yang tolong guide so alhamdulillah. Aku taknak jadi macam dulu, yang mana seorang lelaki pernah buat aku rasa macam tuan puteri yang penuh dengan dosa. Aku nak berubah. Aku harap dia dapat bimbing aku ke arah yang lebih baik. Aku tahu bukan senang nak jadi mukmin yang sejati, semua tu perlukan istiqomah yang teguh. 

Memandangkan trial aku tinggal beberapa hari ja lagi, maksudnya aku kena bekerja keras untuk masa depan. Berpegang dengan kata-kata cikgu aku, "korban untuk tahun ni, raya sekejap pun biarlah, yang penting awak dapat caoai apa yang selama ni awak usahakan". Cikgu banyak membantu murid dengan menaikkan semangat yang hampir pudar ni. Kawan kawan aku pun banyak naikkan semangat aku, terutama sekali Fina. Dia buat aku jealous dengan kejayaan yang dia peroleh. Lagi lagi dalam subjek addmath. Maya pulak sentiasa jadi idola aku dalam LK. Dia sentiasa dapat markah yang tinggi, buatkan aku rasa nak belajar dengan dia selalu. Hampir apa yang aku lukis semuanya aku refer dekat dia, bukan apa she is good student and also a great teacher for a slow learner like me. Apek pulak banyak bantu aku dekat modemath, aku ni lembab sikit dekat subjek tu so masih perlukan guiders. Hihi. Tak dilupakan Aina yang sangat hebat on Chemistry, tapi didsebabkan aku ni tak satu kelas so tak selalu mintak tolong dia ajarkan. Dalam kelas aku, ada Aiman dengan Taj yang boleh aku kata hebat dekat English. Bagi diaorang, English is simple when you know the rules and regulation. So, diaorang juga banyak sangat tolong aku perbaiki masalah grammar aku.

Nak cerita semua, memang taktersebutlah semua nama kan? So, terima kasih kepada semua yang dah banyak bantu aku selama ni. In sha Allah semua ilmu yang telah korang curahkan selama ni kepada aku akan dimanfaatkan sepenuhnya. Yang penting, sama sama kita doa semoga kita semua jadi pelajar cemerlang 9A! Amin.

Terima kasih kepada semua. Semua orang yang pernah tolong aku sebelum ni, baik dari aspek duit, tenaga dan ilmu. Terima kasih korang, in sha Allah jasa baik korang akan dibalas dengan ganjaran yang berlipat kali ganda.

No comments:

Post a Comment

Daisypath Happy Birthday tickers