The struggle is real

Fuh, after few years hilangkan diri tak menulis kini aku kembali. hahahaha. Guys, i'm almost finishing my studies and this year will be my final year and it is really tiring. Final year ni bukan lagi masa untuk main main. Aku dah takda masa nak pergi travel ke buat short trip ke apa pun dalam masa setahun ni. Frust but chill jelah kan, orang kata setiap benda yang berlaku pasti ada hikmahnya. Aku percaya pada benda tu.

Lets share some of my great moments dalam semester ni. I've joined one of competition yang besar organixed by our course lecture, Tn Hj Khalid which is board of Alumni PAUT (Persatuan Alumni Universiti Texas) and it was a great experienced! Penat gila join competition macamni, tapi yelah maybe sebab aku pun first time merasa benda benda ni and i take it as my challenge bila masuk benda ni. At the first place, kawan aku yang ajak aku join. Perasaan tu macam takda confident pun mula mula masa tulis nama untuk join, tapi aku cekalkan hati (memandangkan masa ni tengah banyak gilaaaaaa assignment beratur tunggu untuk disiapkan) untuk masuk gak comp ni. Kalau ikutkan masa yang sebenar benarnya, sebulan tau masa nak siapkan kerja untuk design proposal ni. Tapi, we managed to siapkan everything in just 2 weeks. Jap aku tegaskan balik, 2 weeks tau. Bukanlah masa yang panjang untuk siapkan model, design and such others thing. Tapi taktahulah semangat dari mana datang, semua group members aku relaks gila and just go with the flow and always told me "chill je, kita boleh siapkan" and ayat paling selalu member aku cakap ialah "kita boleh menang, relaks je". Aku senyum je setiap kali dengar ayat ayat tu sebab hanya tuhan je tahu berapa barainya mata aku masa nak siapkan everything pasal design proposal ni. Gaduh dengan member berapa bnayk kali pulak sebab semua lah risau aku kerap sangat balik lewat and tidur lambat. Kerja aku memang habiskan masa dekat fakulti dengan group members aku je. Makan, minum solat semua dalam kelas tu sampai mandi pun taksempat. Takpeelah, demi sebuah pengalaman. Nak dijadikan cerita, sepanjang nak siapkan design proposal kitaorang ni, berapa banyak dugaan tuhan kasi dekat kitaorang. Betul betul hanya tuhan sahaja yang tahu apa kitaorang rasa masa ni. One of our group members masuk hospital, operation sebab ada something about ketumbuhan and terpaksa duduk ward sepanjang panjang masa kitaorang cuba siapkan design. Next, kereta aku yang boleh dikatakan sebulan aku pakai dilanggar lari. This is so bad sebab masa ni aku memang takda mood gila sebab tengah busy pikir nak siapkan design sekali kereta aku orang langgar. What the heck?! Buat report police sampai pukul 2pagi and so on nasib ada member aku yang tolong teman pergi sana huh. Another group members gaduh besar dengan girlfriend on the same week nak siapkan proposal, what a life gilaaaaaa. Kipas kereta kancil our group members rosak and also the same week. Nak dijadikan cerita lah kan, semua tu memang ada hikmah. Kitaorang submit and waiting for the day of presentation. Present pun kena complaint so on sampai keluar ayat "design kotak kotak ni senang, tapi tulah tak se kreatif arkitek" and we was like whatever judges, this is the best we can give and lastly menang jugak hahahahaha. We managed to get the second runner up for the competition. Macam tak percayaaaaaa hahahaha sebab present kurang info tapi still judges suka dengan kitaorang punya design.

Conclusion, the story yang aku cuba sampaikan, semua berlaku ada hikmahnya. I've gain something from this competition which is a sweet memory for me. Takkan dapat kalau nak cari kat luar lagi lagi dah final year macamni kan? Hahaha so thankyou groupmate sebab sangguplah melayan kerenah aku selama dua minggu yang penuh suka duka tu. Takkan senang senang lupa macam tu je sebab terlalu banyak memori kita kongsi bersama. Last but not least, to gain a precious experience, you need to struggle first. So yeah, the struggle is real guys. Hopefully, my story will motivate others in reaching your goals. Have a great weeks everyone :)



BAD SEMESTER EVER

Assalamualaikum & hello. Hi korang, actually sekarang merupakan semester break untuk students uni I. Kalau dah hujung hujung sem break ni kenalah ada semangat sikit en sebab dah nak masuk semester baruuu eee takut sebenarnya. It is actually sebab semester lepas kita punya result agak tak bagus maybe sebab kita sendiri banyak buat benda lain selain fokus on studies. I bukan multi tasking person sangat, so kalau boleh kena focus on one thing kalau betul betul nak success. Ni bila dah busy uruskan benda lain, assignment pun lagi pastu commitment on other things lagi lah buat I drop teruk semester lepas so for me semester lepas adalah semester paling worse ever. Dengan ada konflik dengan budak kelasnya lagi haih bertambahlah benda tak menarik aaaaigo. So, for this semester I pray the best for myself & also my studies. Ya Allah, hopefully boleh coped up dengan semua benda even benda tu susah gila cemana pun sebab nak taknak kena challenge diri sendiri kan? Kalau tak sampai bila-bila duduk jelah belakang orang pastu ikut je apa orang suruh buat itu ini. Then, bila diri sendiri nak maju? So, i need to push myself walaupun nangis ke keluar air mata darah ke kan? Hahahahahahahhaha ok saja nak kasi semangat kat diri sendiri, hehe. Alright, apa apa pun benda dah lepas. I ambik semua benda ni as a moral to myself, jangan ulang benda sama sebab semua benda ni punca punca gagal. Kalau before ni boleh buat kenapa sekarang baru nak jatuh kan? So, you can do this Kui :) Percayalah! All the best semua untuk studies korang :D



Throwback gambar tahun dulu dulu jap haha.

Construction Technology

Assalamualaikum. Sekarang study week yang mana minggu ni merupakan minggu struggle untuk sesiapa yang banyak lost time dalam kelas hahahahaha macam aku. Tapi aku tengok, style kat sini lagi study week lagi berjimba. Adakah ini benar? Hehehehe tapi aku tahu aku takboleh yang macam tu sangat sebab aku lemah, dan tak genius macam kengkawan yang lain so orang kata usaha kenalah lebih kan dah kalau kau tahu tahap kau kat mana. Nak taknak, aku kena push diri sendiri weh. Biarlah susah macam mana, yang kalau aku terpaksa study teruk ke apa asalkan misi aku tercapai. Aku doa banyak banyak yang #MisiPart1 tercapai. Kebanyakkan dah tercapai, tapi exam punya result adalah kemuncak misi ni so i have to work hard on that yeah :')))



First time stay up at the library, 2300 until 0500hrs


Aku bukan nak doa tapi aku rasa aku lost sangat dalam subject constech ni. Ikutkan memang belajar basic tapi bila aku bukak kertas soalan past year haihhhh mengucap panjang aku dibuatnya. Soalan dalam exam takda satu pun mengena dengan yang aku belajar weh, rasa nak nangis aku study subject ni tapi aku kena kuat walaupun aku takdapat melody dia tapi still follow the flow. If you now what i mean :'))))) Aku adalah jugak tanya pasal subject ni dekat senior senior apa semua, tapi semua cakap "orang hebat je mampu score fullmarks subject ni" and i am aiming on that. Siapa taknak jadi gempak on the core subject kan? Semuaorang idamkan wehhhh. Constech bagi aku bukan satu subject yang main main tau sebab dia real tough so i need supporters to stay still in this course haih, wish me luck for the final!
 

"If you willing to pay, pay for the worth. Don't waste time."



UITM Di Hati Kui :)

Hi, hello everyone. Well now seems like lama gila tak on blog hihi sebab rasa malas sangat nak mengarang. Oh yah, saya sudahpun menamatkan pembelajaran di Matrikulasi Teknikal Kedah dan kini, i'm here in UITM. Well said, uitm bukanlah tempat yang aku idamkan sebab aku dambakan Unimap sebelum aku dapat keputusan UPU haritu, tapi aku dengar cakap kawan aku yang suruh aku letakkan uitm ni sebagai pilihan pertama, so then inilah hasilnya. Hm, sekarang aku dah pun sampai di penghujung untuk semester pertamaku dari segi pembelajaranlah. So, after this i need to focus on the examinations. Weh, 9hari je lagi dan aku masih rileks, omg apa nak jadiiiiii. Harapan aku, mestilah nak dekan untuk semester pertama ni but seems like aku ada lagi dua subject yang aku masih lost ke laut ke kemana entah haih lemah aku. Korang doakan lah aku dapat semangat baru untuk teruskan misi empat tepat aku sepanjang pembelajaran aku di uitm. Aku bukan apa, kengkawan aku semua masuk U yang hebat hebat. Aku pulak diberi peluang masuk U yang majoriti pelajar melayu, so takkan lah aku takboleh beat diaorang kan? Malulah. So, i need to remind myself yang aku tak boleh berada dalam zon selesa sebab aku ada sesuatu yang aku kejar iaitu karier sebagai seorang Project Manager. Akan aku buktikan yang perempuan pun mampu pikul tanggungjawab tu, aku akan cuba selagi upaya. Oh ye, sekarang aku pun semakin sibuk dengan urusan lain iaitu aku cuba libatkan diri aku dalam aktiviti kokurikulum. Aku masuk palapes udara wehhhhhhh :))) Ahahahaha bukan nak katalah, tapi ni semua permintaan abang dan ayah aku, so aku turutkan dan aku buat serela hati aku sebab aku taknak rasa terpaksa yelah tak elok nanti mesti asyik nak mengeluh, so ku relakan jiwa :D bila masuk palapes ni, lagilah aku banyak habiskan masa dan duit. Paling banyak habis duitlah ofcourse. Apapapun, aku doa aku kuat menempuhi semua ni. Aku taknak mengalah sebelum berjuang, aku kena buktikan aku mampu lakukan! 





Biarlah orang kata apa, "you are the one who making the decision. You choose your own path".

The end.

Hellooooooooooooo. Assalamualaikum pembaca bahagia semuanya, hihi. Today is the day kami semua warga kmtk mahu berjimba walaupun mengikut logiknya belum habis lagi tau azab exam ni sebab muet masih menanti haha. Tapi apa salahnya kita meluahkan sedikit rasa yg terbuku dalam hati ni yg meronta nak main game, tengok movie apa semua.Last paper harini adalah paper lk, dan aku adalah orang paling bahagia sebab lk sebenarnya bukanlah satu benda yg aku minat gila dari dulu but aku banyak berdoa yg soalan yg keluar harini senang dan aku sampai sanggup bangun pagi buat solat hajat doa soalan lk harini tak sesusah yg aku terbayang haha padahal aku dahlah jenis yg pemalas bangun qiammulail. Harini semua aku buat sebab aku nak sangat score civil memandangkan aku tau yg aku akan hampa dgan subject math and physic aku yg aku buat mcam haram haritu. So, kira harini aku balas dendam gak ah. Tadi belum sempat apaapa, aku dah bukak soalan sebelum diberitahu. Ini semua sebab aku curious gila nak tahu, awam keluar soalan apa. Aku dah terbayang dah keluar soalan pelik pelik, sekali kau! Soalan dia senang! Dan itu buat aku tersenyum sepanjang buat lk tadi hahahahahha. Boleh tahan bahagia lah gak aku buat sengsorang tadi. Eh, tapi aku buat soalan letrik dulu hehe itu mungkin berlaku disebabkan aku terlalu confident dengan soalan awam hehe. Aku buat soalan letrik pergh lama gila, hati dah debar debar dah orang lain dah pakat tukar tukar soalan kat tepi belakang aku semua, tapi aku ni masih duk buat yg satu tu haha. Tapi aku cakap dekat diri sendiri, aku boleh buat dalam masa sejam and yesssss! Aku mampu lakukan dalam masa 50minit. Aku buat terkial kial, baju aku pun boleh tahan menyakitkan hati duk terlekat lekat dekat pembaris T haihhhhhhh. 





 Lepas sejam, aku pun tukar soalan. Aku mula buat soalan awam. Disini aku mula cuak sikit sebab takut tersilap langkah katanya, yelah bajet masa 2jam je aku gila takut sangat tak sempat buat so aku mulakan dengan sedikit terketar ketar. Aku pun mula koyakkan soalan and lekat kat board. Aku letak je, tuan A lalu sebelah aku. Dia bisik, cakap "buat floor plan dulu". Aku pun tak banyak soal terus bukak balik, tukar soalan. Aku koyak pulaklah soalan floor plan and aku lekat, lalu aku mulakan langkah aku. Aku buat slow je, and tuan A lalu lagi dia cakap lagi "buat dalam masa 30min". Mungkin dia perasan, aku buat letrik lama sangat so that dia nasihatkan aku suruh buat cepat sikit and aku pun buatlah cepat cepat. Taksampai 5 minit, aku dah siapkan lakaran floor plan aku. Pergh, sumpah aku rasa laju gila aku buat ni haha gelak kat diri sendiri. Aku teruskan and hitamkan apa yg patut, aku siapkan and tengok jam. Eh, baru 10minit aku buat? Woi hahahahahahaha cepatnya and aku sangat berbangga dengan diri aku at that time! Hiks cepat cepat, aku tukar soalan roof plan. Oh haa, soalan awam ada dua lampiran. Satu untuk roof, satu lagi untuk floor plan. Aku buatlah sehabis baik sebab yg roof ni senang sikit, yg kau perlu buat cuma copy je balik apa yg dia dah bagi so aku buat jelah. Aku copy sebijik macam apa yg dia bagi hehe. Siap semua, tuan A datang lagi sekali and buat thumbs up kat aku. That moment, aku rasa aku berjaya kalahkan diri aku yg selama ni sangat taksuka kat lk haha. Okay, lastly aku berjaya siapkan semua lukisan in just 1 and half hour huuuurayyyy :))

Percaya kat diri sendiri, and yup jangan lupa Allah sentiasa ada dengan kita. Kalau kita berusaha, dan kita tak lupakan dia memang Allah takkan lupakan kita dik. So, semoga berjaya dearself! 








"kawan till jannah"

Assalamualaikum. Fuh, sekian lama tak ngupdate harini pulak aku buang tebiat nak update lah apalah hihi. Pspm makin dekat and aku boleh berlagak macam takda apa yg tengah jadi hahahaha sumpah cari pasal. Semakin dekat nak exam, semakin kuat aku berangan and berfoya. Hish nak kata taksedar, aku masih ada kesedaran tapi taktahu lah dik kenapa akak makin teruk since duduk sini. Iman makin tak kuat, ya Allah sabar jelah. Bukan makin berubah nak jadi dak dak empat rata ke apa, malahan sibuk kerja duniawi pasal instagram. Tak senang okay bila kau duduk sini dengan pengaruh media network yg sangat membangun memandangkan kawasan katsini abit pedalaman yg mana untuk pengetahuan korang semua sangat sukar nak jumpa orang yg boleh aku kata hotsetap macam dekat kl tu bergelimpangan, paham tak? Susah sangat nak jumpa melainkan orang tu memang hotsetap kedah yg dah gila femes kat insta haha. Suasana dia lain, dan suasana yg lain tu buat aku berubah teruk maybe. Oh ya, lari tajuk hihi


Sebenarnya nak cerita pasal seseorang yg rapat dekat kustech dulu dah jadi semakin jauh beribu batu bila duduk sini. Weyh, aku selalu ingat dia bagitahu aku yg "ini ke kawann till jannah" hahaha satu ayat yg mungkin aku takkan lupa walaupun semua tu hanya gurauan. Kawan, kita dulu jatuh bangun sama sama. Kita belajar turun naik sesama, walaupun aku bukanlah kawan yg selalu dengar segala pahit manis kau bercinta dulu, tapi aku sebagai kawan yg punyai 1001 rahsia pasal kau, sayangkan kau. Aku betul betul rindukan kawan aku yg dulu mengada dan sangat annoying bila aku tengah bosan, dan sekarang kau jadi seorang hipokrit dan main ikut je apa budak tu kata. Haih aku taktahu lah aku betul ke aku salah tafsir pasal dia, tapi yg aku tahu, aku taksuka the way dia treat other people. Walau sesempurna manapun, aku masih belum dapat terima apa dia pernah buat kat aku. Ye, kau lagi rapat dengan dia kawan, tapi aku tengok kau dah macam lembu kena cucuk hidung tahu tak? Dan akuuuuuu sangatlah taksuka tengok kawan aku jadi cemtu. Ya Allah wey, sedarlah cepat. Aku rasa bukan aku je yg rindukan kau, ramai lagi tau yg rindukan kau. Fuh kalau aku luah depan depan ni, mau aku nangis hihihihi  :'c


Wahai S, janganlah biar kawan baik aku sorang sorang. Dulu, kau pernah amik dia dari aku. Dari dia duduk bilik bawah, dia sanggup pindah bilik semata nak rapat dengan korang. Aku mulanya tak terima, tapi now aku tahu hakikat yg aku bukanlah rakan belajar yg terbaik memandangkan aku pun takpandai mana en? So, dia pilih engkau untuk jadi kawan baru dia. Aku terima apa kau buat kat aku, sebab orang kata kita kena terima baik buruk kawan kita tu kalau nak jadi rapat tapi now kau tinggalkan dia sebab kau dah jumpa kawan baru? Janganlah cemtu wey, sianlah gak kat dia. Ye, memang dekat muka dia taknampak yg dia perlukan kau tapi jauh disudut hati dia simpan rasa yg cukup dalam. Aku harap kau berubah after this, kata orang selemah lemah teguran adalah melalui doa, so aku doakan kau temui perubahan yg baik kawan. Aku sayangkan hubungan kita yg dulu, and yeah rindu nak gathering 4orang macam dulu. Sumpah taktipu. Aku harap konflik ni berakhir as well as kita habis matriks okay dear baby boo? I love you till jannah babe, takecare and aku tahu kau boleh buat sehabis baik dalam pspm sebab kau always prepare yg terbaik demi membanggakan parents kau kan? So goodluck! 

Haa, so ini lah konflik dlam persahabatan aku and hopefully benda ni takjadi kat kawan kawan aku yg lain eh? Hav a nice day everyone :*



 
2years and still counting.

Sarang baru.









 Assalamualaikum. Setelah sekian lama aku menghilang, kini aku kembali dengan satu keadaan yg boleh aku bagitau sebagai suasana baru untuk aku. Walau dah duduk sini hampir dekat 3bulan, tapi bagi aku benda tu masih kekok dan aku masih lagi rindukan zaman sekolah yg mana semua orang rasa nak cepat sangat habis dulu. Haha sekarang, benda tulah yg paling aku rindukan. Bila belajar, asyik teringat keadaan dalam kelas cemana kat luar kelas cemana, relationships dengan bestfriends dulu cemana pergh bapaklah. Sumpah aku rindukan semua tu setelah aku tinggalkan zaman persekolahan taksampai pun setahun lagi.


Kawan kawan pulak semua dah bersepah sepah, sorang kesana kita kesini. Haih apa apa pun aku bersyukur walaupun aku tercampak jauh ke sini. Aku takrasa semua ni paksaan, sebab aku yg dulu nak sangat mintak belajar jauh sampai aku pernah niat kalau boleh aku nak belajar sampai ke Perlis. Tapi bila tahu ini situasinya, haha mau aku menangis bila ingat balik. Tapi aku suka, dan aku redhakan keberadaan aku disini. Nak merungut takboleh, keputusan dan perjalanan dah pun aku teruskan katsini. So life aku perlu diteruskan sesempurna macam orang lainlah. Apa aku target, aku dapat capai apa yg aku idamkan sebelum aku datang sini. Aku nak sangat jadi macam senior aku yg aku nampak hebat tapi rupanya aku sedar yg diaorang jugak manusia normal macam aku. Yang membezakan kita cuma usaha dan semangat. Siapa nak, dia dapat. Ayat ni memang mendalam bagi aku lepas aku dengar abang aku bagi nasihat baik punya sebab dapat tau aku asyik sibuk dengan dunia anti sosial aku. Hihi aku memang, tak mampu jauhkan diri lagi dengan semua gadget yg mana bagi aku tu semua teknologi yg mana sebagai remaja aku pun nak tau hehe. Okay, hopefully kengkawan aku pun will success in their own life. hav a nice day! :))