Its all bout love.

Aku tak kata aku arif dalam bab percintaan, tapi aku ada some true story yg aku rasa aku nak share dengan korang. Benda ni buatkan aku rasa bahawa sebenarnya, memang betul cinta tu buta. Ada satu cerita yang aku pernah baca dan sangat menyayat hati kisahnya. So, teruskanlah membaca kalau nak tahu x)


Ceritanya.

Kisah tentang satu pasangan yang berjanji takkan berpisah lepas diaorang habis sekolah. Diaorang ni bercinta satu sekolah, satu kelas dari form 1 lagi sampailah habis SPM. So, memang dah janjilah kalau nak cari u semuanya sama, and semualah nak sama-sama.Kalau boleh memang taknak berpisahlah orang cakapkan. So, pada mulanya semua nampak tenang. Hubungan diaorang okay je lepas habis sekolah. Perkenalan bermula begini. 
Yang si perempuan ni (lia) sangat cantik dan bijak, boleh aku katakan ramailah lelaki yang nak try tackle dia. tapi dia jenis pemalu, dia taksuka sangat layan lelaki yg dia kurang kenal. 
Sampailah satu hari, dia bukak facebook dia and ada satu mesej dekat IM dia dan dalam mesej tu lelaki tu (aizat) cuba nak berkenalan dengan dia. Dia cuba reply dan satu sesi perkenalan panjang berlaku antara diaorang. Akhirnya satu hari, lelaki tu bagitahu perasaan dia dekat perempuan ni. Lepas dah berterus terang dari hati ke hati last last barulah tau yang perempuan ni sebenarnya memang dah lama minat dekat lelaki tu tapi dia ni kan pemalu, so dia takpernah bagitahu laki tu dan kalau boleh dalam kelas dia nak sangat ajar lelaki ni bila setiap kali lelaki tu takfaham. Malangnya, dia terlalu pemalu. Sampailah satu masa, diaorang cuba berinteraksi dalam kelas. Berbual, berborak sambil belajar buatkan diaorang makin akrab dan semakin hangat bercinta. Percintaan diaorang bukan saja dah banyak bantu laki tu dalam pelajaran dalam masa yg sama telah membuatkan si perempuan ni drop dalam studies dia. Hm bila hari keputusan tiba.Result yang si laki lagi gempak dari si perempuan buatkan si lelaki tu layak untuk bawa diri dia belajar ke luar negara. Lelaki tu dah janji akan selalu setia dengan si perempuan namun setelah sekian lama menetap dia luar negara, dia jadi makin lalai dan lupa diri. Dia jadi terpengaruh dan semakin lupakan si perempuan yg setia menunggu dia dekat Malaysia. 
Setiap hari perempuan tu akan call si lelaki untuk pastikan si lelaki sentiasa sihat, namun semuanya berubah. Lelaki tu selalu mengelat dan cuba reject setiap call dari perempuan ni, katanya busy belajarlah, tengah holiday lah. So, perempuan ni pun percaya dan dia takpernah bantah apa lelaki tu cakap. Sampailah satu hari, perempuan tu bagitau yang dia terpaksa lepaskan lelaki tu memandangkan lelaki tu terlalu sibuk untuk layan dia. Lelaki tu tanpa rasa bersalah lepaskan dia, mungkin dia rasa dia lebih senang dengan kawan baru kat luar negara. Satu hari, dia terbaca satu surat yg dihantar kepadanya berbunyi :

"Awak, kalau awak dah takda masa untuk saya, dah cukup bahagia dekat sana awak bolehlah lupakan saya. Sebab saya terlalu fikirkan awak sampai saya takmampu jaga diri saya dekat sini. Saya harap awak bahagia dengan pasangan hidup awak selepas ni. Setiap hari saya cuba call awak untuk beritahu yg saya sebenarnya sakit dan terpaksa buat pemindahan jantung. Tapi, awak takda masa untuk dengar cerita saya. Takpelah saya faham, dan sekarang ni saya ada dekat wad menulis surat untuk awak andai ini kali terakhir awak lihat tulisan saya. Terima kasih awak sebab awak dah bagi saya cinta awak dulu. Saya hargai. Kekasihmu, Melia."

Waktu tu barulah lelaki tu sedar yang rupanya dia dah hancurkan cinta sejati dia. Bila dia balik ke Malaysia perempuan tu baru je dikebumikan selepas sehari terlantar akibat konflik jantung. Kesal tidak membalikkan nyawa, semuanya hancur tanpa disedari.

Akhir pesanan :

 Jangan terlalu berasa lega dan abaikan si dia bila dia cuba berikan sepenuh kesetiaan dia untuk kita. Jangan pernah amik mudah dan kalau boleh tolonglah luangkan masa untuk pastikan hubungan korang dan korang sendiri okay. Jangan abaikan sebab itu boleh memudaratkan. Appreciate each other, its more better than hoping the one will always care bout us x)


No comments:

Post a Comment

Daisypath Happy Birthday tickers