Almost near to the red line.

Assalamualaikum. Harini dah masuk hari ke 18 untuk bulan Disember. Itu maknanya kita makin hampir untuk ambang tahun baru. Nak kata happy tu idok ler, cumanya aku merindui suasana sewaktu aku dekat asrama dengan sekolah. Ehem, orang dah habis sekolah lah katakan en. Taklama lagi Januari nak datang, tapi aku langsung takbuat preparation untuk alam dewasa ni. Hehek, dah nak masuk 18 kot. Kenalah jadi wanita sedikit en, jangan jealous pulak adik adik :p

Sebenarnya, hidup jadi bukan pelajar sekolah ni bukan best sangat pun. Eh better lagi kau pergi sekolah, dapat jumpa kawan walaupun kau taknak belajar. Tapi apa apa pun, aku hargai masa sekolah aku. Walaupun ada waktunya dulu, aku pernah menyimpang niatnya. Manusia, taksemuanya perfect. Tapi lama lama aku bangun dan betulkan niat aku yg sebenar. Aku sedar yg aku pergi sekolah dengan segulung matlamat dan harapan daripada parents aku. Besar tanggungjawab tu! Aiseh.

Sebelum meninggalkan tahun yg bersejarah ni, pastinya aku merindui saat saat bersama dengan kawan kawan aku. Yg baik ke takbaik ke. rapat ke takrapat ke kan semualah. Semua tu jadi memori terindah untuk aku dan mungkin untuk semua orang. En? Wey, walaupun takbanyak tapi pastinya ada sebutir dua yg melekat dalam ingatan. Jangan gebanglah. Memori memang susah nak lupakan, terutama bila kita selalu buat benda tu dengan orang yg sama. Aku rindu kenangan waktu kat asrama. Hihi. Asrama cipta satu memori manis untuk aku yg buatkan aku takboleh nak lupakan dengan mudah. Hhm, okay. Aku harap minggu pengakhiran ni berakhir dengan peristiwa yg indah . Amin.

Permintaan kita bukan selalu termakbul, tetapi yg tak termakbul itu berlaku mungkin ada hikmah disebaliknya. Mungkin ganjaran yg lebih baik cuba Dia berikan untuk kita. Jangan berhenti berdoa, sesungguhnya Dia maha pemurah lagi maha penyayang. 

No comments:

Post a Comment

Daisypath Happy Birthday tickers