Happy Eid!

Peace upon to everyone. It is almost 29 of Ramadan bro, and we are near to Aidilfitri. Terbaca post dari kawan MukaBuku aku katanya, bagi orang lain mungkin ucapan yang dikeluarkan pada musim perayaan ini adalah Selamat Hari Raya tapi bagi kami semua budak budak calon SPM ialah Selamat Hari Trial. Trial kitaorang tak lama ja selepas seminggu puas beraya, tapi aku rasa mungkin tak raya sangat kut tahun ni memandangkan aku sendiri yang akan menghadapi peperiksaan besar seumur hidup aku. 

Bukan ja banyak duit dan tenaga yang dah aku korbankan, tapi juga dari segi masa dan mungkin juga tanggungjawab sebagai seorang yang pelajar telah aku korbankan demi SPM. Masa tidur yang semakin kurang, masa main yang terpaksa dikurangkan semata-mata untuk pastikan aku punyai masa yang cukup untuk uruskan semua ulangkaji aku selain dari membaca dan menghafal. Raya yang bakal datang akan aku manfaatkan secukupnya untuk aku buat persiapan demi trial. Tetapi aku belum cukup yakin yang aku mampu untuk dapatkan apa yang aku hajatkan. But, an old sayings said "no venture, no gain" . So, apa salahnya mencuba sedaya upaya.

Tahun ni, aku akan raya sama macam raya aku yang pernah aku lalui pada tahun tahun lepas. Sama ja, takda yang berubah pun sebab aku sangatlah malas nak cari benda baru buat raya aku. Orang kata apa tu, cari perbezaan sikit? Haa macam tulah. Aku malas nak cari semua tu sebab persiapan aku untuk raya pun macam ala kadar ja. Nak meriah sangat pun buat apakan, aku dah besar bagak dah. Hihik.

Abang abang aku semuanya dah besar besar, dan masing masing dah ada kerjaya sendiri sampai kadang terlupa untuk jenguk mak ayah aku. Aku kadang rasa macam kesunyian since abang abang aku dah besar ni, sebab kalau dulu time kecik kecik kitaorang selalu sangat tolong mama sama buat kuih raya then kitaorang mesti curik curik makan kuih raya yang dah siap buat tu. Kadang sampai kenyang tau kitaorang tibai kuih raya yang dah siap tu. Mama kadang sampai terpaksa buat lebih untuk pastikan kuih raya tu cukup sampai ke hari raya, al maklumlah budak budak mana cukup hari puasa kan. Hihi.

Bila sampai ja rumah nenek, aku dengan abang abang selalunya akan pasang plan baik punya untuk main dengan sepupu yang lain. Uih, time hari last puasalah hari yang paling best bagi kitaorang adik beradik sebab kitaorang mesti takpuasa and akan curi benda yang nenek goreng kat dapur terutama sekali ayam. Hahaha, abang akulah yang ajar curik ayam tu. Pastu nanti kitaorang share share ayam tu reramai makan dekat laman nenek. Baik aaaaaa. Hihik. Sampai petang sikit, kitaorang mesti main kat laman rumah nenek. Main apa tau, main panjat panjat pokok, main pontianak pontianak. Haha, akulah pontianak nya sebab dulu kecik kecik aku suka simpan rambut panjang sampai pinggang. Nanti aku akan mengilai then sepupu aku yang kecik kecik tu semua jerit macam orang gila, best gila doh. Malam, macam biasalah. Main mercun! Abang aku akan jadi ketua main mercun dekat kampung lebih lebih lagi main mercun roket. Nanti kitaorang cari botol then pancarkan mercun roket tu ke langit. Haha, abang aku suka betul main dekat area kabel letrik atas rumah nenek aku. Aku risau tapi apakan daya aku join ja.

Dan mungkin itulah serba sikit pengalaman aku sepanjang aku membesar dengan abang abang aku. Pengalaman manis ni takkan aku lupa sampai aku tua dan mungkin aku ingat sepanjang keberadaan aku dekat kampung tercinta aku, Alor Gajah, Melaka. 

Salam Aidilfitri buat semua pembaca, sahabat handai dan kaum keluarga tersayang. Di doakan agar perayaan anda akan lebih diberkati dan dirahmati-Nya. In sha Allah. Doa dan harapan dipanjatkan kepada Ilahi buat rakan rakan seperjuangan yang bakal menghadapi ujian besar pada tahun ini. Semoga Berjaya dan Selamat Beraya!

No comments:

Post a Comment

Daisypath Happy Birthday tickers