Freedom?

Assalamualaikum. Pembuka bicara dihulurkan, harap dijawab oleh pembaca sekalian. Setelah sekian lama aku menghilangkan diri di laman blog sendiri ni, kini aku kembali dengan satu gelaran istimewa iaitu Lepasan SPM. Hikhik, setelah beberapa tahun aku sekolah, belajar, tambah kawan, dan kini akhirnya tamatlah zaman persekolahan bagi aku. Hhm, berat hati aku untuk tinggalkan kawan-kawan yang mana suatu masa dulu pernah bersama gelak ketawa dengan aku, mungkin bermusuh dengan aku and sekarang dah pun macam isi dengan kuku, and ada yg rapat dah duduk jauh sebatu ni kan. Walaupun hubungan tu renggang ke akrab ke, tapi aku still rasa yg kita perlu lebih masa untuk di luangkan bersama. Dua tahun takrasa apa, serious talk. Pejam celik, pejam celik tup tap dah dua tahun and dah sampai masa untuk kita semua belajar erti hidup berdikari yg sebenar. Hui, panjang lagi perjalanan kita sebenarnya. SPM bukanlah titik noktah untuk kita capai kejayaan, so for those yg rasa SPM ni membebankan, tukarlah prinsip tu, okay. Lepas ni, jauh lagi kita nak berjalan nak teroka dunia. Hihi. Peninggalan aku diharapkan berbaloi setelah dua tahun aku menuntut ilmu dari guru-guru yg berpengalaman dekat Sekolah Teknik Kuala Selangor. Bermacam pengalaman dah aku timba dekat sana, aku belajar erti persahabatan yg sebenar. Baru aku tahu yg kita takboleh nilai orang dari luaran and cara dia layan kita. Maybe luaran dia nice, tapi nawaitu dia kita takmampu nak singkap sampailah kita tahu siapa dia yg sebenar. Dahlah, cukup banyak pengalaman yg buatkan aku rasa aku takboleh bergantung pada orang. Aku kena usaha sendiri untuk dapatkan apa yg aku nak. So, korang jangan rasa yg korang sentiasa perlukan pembantu. Kadang, ada benda yg terpaksa kita harung sendiri untuk capai apa hasrat hati kita. Bagi aku, aku takkan pernah mengalah dalam mengenal erti kawan. Asramalah yg banyak ajar aku pasal kawan ni. Apa pengalaman korang pulak lepas dah 10 tahun bergelar sebagai pelajar sekolah? Hihik. Masing-masing ada cerita masing-masing, cuma terlalu banyak sampai tak terungkap dek kata-kata kan? Takpelah, hati lebih memahami. Warning to all my ex ex ex ex ex ex schmates and other friends! Jangaaaaaaan lupakan aku tau tau. Aku akan ingat korang walaupun lupa nama panjang korang, okay. So, have a good life out there. Till see then guys ~

Aku selalu mengaharapkan adanya orang yg sentiasa memahami aku. Tapi takdapat sebab takda insan yg sempurna. Hidup perlu diteruskan, belajar berdasarkan pengalaman kerana pengalaman mendewasakan kita.

No comments:

Post a Comment

Daisypath Happy Birthday tickers