Sarang baru.









 Assalamualaikum. Setelah sekian lama aku menghilang, kini aku kembali dengan satu keadaan yg boleh aku bagitau sebagai suasana baru untuk aku. Walau dah duduk sini hampir dekat 3bulan, tapi bagi aku benda tu masih kekok dan aku masih lagi rindukan zaman sekolah yg mana semua orang rasa nak cepat sangat habis dulu. Haha sekarang, benda tulah yg paling aku rindukan. Bila belajar, asyik teringat keadaan dalam kelas cemana kat luar kelas cemana, relationships dengan bestfriends dulu cemana pergh bapaklah. Sumpah aku rindukan semua tu setelah aku tinggalkan zaman persekolahan taksampai pun setahun lagi.


Kawan kawan pulak semua dah bersepah sepah, sorang kesana kita kesini. Haih apa apa pun aku bersyukur walaupun aku tercampak jauh ke sini. Aku takrasa semua ni paksaan, sebab aku yg dulu nak sangat mintak belajar jauh sampai aku pernah niat kalau boleh aku nak belajar sampai ke Perlis. Tapi bila tahu ini situasinya, haha mau aku menangis bila ingat balik. Tapi aku suka, dan aku redhakan keberadaan aku disini. Nak merungut takboleh, keputusan dan perjalanan dah pun aku teruskan katsini. So life aku perlu diteruskan sesempurna macam orang lainlah. Apa aku target, aku dapat capai apa yg aku idamkan sebelum aku datang sini. Aku nak sangat jadi macam senior aku yg aku nampak hebat tapi rupanya aku sedar yg diaorang jugak manusia normal macam aku. Yang membezakan kita cuma usaha dan semangat. Siapa nak, dia dapat. Ayat ni memang mendalam bagi aku lepas aku dengar abang aku bagi nasihat baik punya sebab dapat tau aku asyik sibuk dengan dunia anti sosial aku. Hihi aku memang, tak mampu jauhkan diri lagi dengan semua gadget yg mana bagi aku tu semua teknologi yg mana sebagai remaja aku pun nak tau hehe. Okay, hopefully kengkawan aku pun will success in their own life. hav a nice day! :))






No comments:

Post a Comment