"kawan till jannah"

Assalamualaikum. Fuh, sekian lama tak ngupdate harini pulak aku buang tebiat nak update lah apalah hihi. Pspm makin dekat and aku boleh berlagak macam takda apa yg tengah jadi hahahaha sumpah cari pasal. Semakin dekat nak exam, semakin kuat aku berangan and berfoya. Hish nak kata taksedar, aku masih ada kesedaran tapi taktahu lah dik kenapa akak makin teruk since duduk sini. Iman makin tak kuat, ya Allah sabar jelah. Bukan makin berubah nak jadi dak dak empat rata ke apa, malahan sibuk kerja duniawi pasal instagram. Tak senang okay bila kau duduk sini dengan pengaruh media network yg sangat membangun memandangkan kawasan katsini abit pedalaman yg mana untuk pengetahuan korang semua sangat sukar nak jumpa orang yg boleh aku kata hotsetap macam dekat kl tu bergelimpangan, paham tak? Susah sangat nak jumpa melainkan orang tu memang hotsetap kedah yg dah gila femes kat insta haha. Suasana dia lain, dan suasana yg lain tu buat aku berubah teruk maybe. Oh ya, lari tajuk hihi


Sebenarnya nak cerita pasal seseorang yg rapat dekat kustech dulu dah jadi semakin jauh beribu batu bila duduk sini. Weyh, aku selalu ingat dia bagitahu aku yg "ini ke kawann till jannah" hahaha satu ayat yg mungkin aku takkan lupa walaupun semua tu hanya gurauan. Kawan, kita dulu jatuh bangun sama sama. Kita belajar turun naik sesama, walaupun aku bukanlah kawan yg selalu dengar segala pahit manis kau bercinta dulu, tapi aku sebagai kawan yg punyai 1001 rahsia pasal kau, sayangkan kau. Aku betul betul rindukan kawan aku yg dulu mengada dan sangat annoying bila aku tengah bosan, dan sekarang kau jadi seorang hipokrit dan main ikut je apa budak tu kata. Haih aku taktahu lah aku betul ke aku salah tafsir pasal dia, tapi yg aku tahu, aku taksuka the way dia treat other people. Walau sesempurna manapun, aku masih belum dapat terima apa dia pernah buat kat aku. Ye, kau lagi rapat dengan dia kawan, tapi aku tengok kau dah macam lembu kena cucuk hidung tahu tak? Dan akuuuuuu sangatlah taksuka tengok kawan aku jadi cemtu. Ya Allah wey, sedarlah cepat. Aku rasa bukan aku je yg rindukan kau, ramai lagi tau yg rindukan kau. Fuh kalau aku luah depan depan ni, mau aku nangis hihihihi  :'c


Wahai S, janganlah biar kawan baik aku sorang sorang. Dulu, kau pernah amik dia dari aku. Dari dia duduk bilik bawah, dia sanggup pindah bilik semata nak rapat dengan korang. Aku mulanya tak terima, tapi now aku tahu hakikat yg aku bukanlah rakan belajar yg terbaik memandangkan aku pun takpandai mana en? So, dia pilih engkau untuk jadi kawan baru dia. Aku terima apa kau buat kat aku, sebab orang kata kita kena terima baik buruk kawan kita tu kalau nak jadi rapat tapi now kau tinggalkan dia sebab kau dah jumpa kawan baru? Janganlah cemtu wey, sianlah gak kat dia. Ye, memang dekat muka dia taknampak yg dia perlukan kau tapi jauh disudut hati dia simpan rasa yg cukup dalam. Aku harap kau berubah after this, kata orang selemah lemah teguran adalah melalui doa, so aku doakan kau temui perubahan yg baik kawan. Aku sayangkan hubungan kita yg dulu, and yeah rindu nak gathering 4orang macam dulu. Sumpah taktipu. Aku harap konflik ni berakhir as well as kita habis matriks okay dear baby boo? I love you till jannah babe, takecare and aku tahu kau boleh buat sehabis baik dalam pspm sebab kau always prepare yg terbaik demi membanggakan parents kau kan? So goodluck! 

Haa, so ini lah konflik dlam persahabatan aku and hopefully benda ni takjadi kat kawan kawan aku yg lain eh? Hav a nice day everyone :*



 
2years and still counting.

No comments:

Post a Comment