The end.

Hellooooooooooooo. Assalamualaikum pembaca bahagia semuanya, hihi. Today is the day kami semua warga kmtk mahu berjimba walaupun mengikut logiknya belum habis lagi tau azab exam ni sebab muet masih menanti haha. Tapi apa salahnya kita meluahkan sedikit rasa yg terbuku dalam hati ni yg meronta nak main game, tengok movie apa semua.Last paper harini adalah paper lk, dan aku adalah orang paling bahagia sebab lk sebenarnya bukanlah satu benda yg aku minat gila dari dulu but aku banyak berdoa yg soalan yg keluar harini senang dan aku sampai sanggup bangun pagi buat solat hajat doa soalan lk harini tak sesusah yg aku terbayang haha padahal aku dahlah jenis yg pemalas bangun qiammulail. Harini semua aku buat sebab aku nak sangat score civil memandangkan aku tau yg aku akan hampa dgan subject math and physic aku yg aku buat mcam haram haritu. So, kira harini aku balas dendam gak ah. Tadi belum sempat apaapa, aku dah bukak soalan sebelum diberitahu. Ini semua sebab aku curious gila nak tahu, awam keluar soalan apa. Aku dah terbayang dah keluar soalan pelik pelik, sekali kau! Soalan dia senang! Dan itu buat aku tersenyum sepanjang buat lk tadi hahahahahha. Boleh tahan bahagia lah gak aku buat sengsorang tadi. Eh, tapi aku buat soalan letrik dulu hehe itu mungkin berlaku disebabkan aku terlalu confident dengan soalan awam hehe. Aku buat soalan letrik pergh lama gila, hati dah debar debar dah orang lain dah pakat tukar tukar soalan kat tepi belakang aku semua, tapi aku ni masih duk buat yg satu tu haha. Tapi aku cakap dekat diri sendiri, aku boleh buat dalam masa sejam and yesssss! Aku mampu lakukan dalam masa 50minit. Aku buat terkial kial, baju aku pun boleh tahan menyakitkan hati duk terlekat lekat dekat pembaris T haihhhhhhh. 





 Lepas sejam, aku pun tukar soalan. Aku mula buat soalan awam. Disini aku mula cuak sikit sebab takut tersilap langkah katanya, yelah bajet masa 2jam je aku gila takut sangat tak sempat buat so aku mulakan dengan sedikit terketar ketar. Aku pun mula koyakkan soalan and lekat kat board. Aku letak je, tuan A lalu sebelah aku. Dia bisik, cakap "buat floor plan dulu". Aku pun tak banyak soal terus bukak balik, tukar soalan. Aku koyak pulaklah soalan floor plan and aku lekat, lalu aku mulakan langkah aku. Aku buat slow je, and tuan A lalu lagi dia cakap lagi "buat dalam masa 30min". Mungkin dia perasan, aku buat letrik lama sangat so that dia nasihatkan aku suruh buat cepat sikit and aku pun buatlah cepat cepat. Taksampai 5 minit, aku dah siapkan lakaran floor plan aku. Pergh, sumpah aku rasa laju gila aku buat ni haha gelak kat diri sendiri. Aku teruskan and hitamkan apa yg patut, aku siapkan and tengok jam. Eh, baru 10minit aku buat? Woi hahahahahahaha cepatnya and aku sangat berbangga dengan diri aku at that time! Hiks cepat cepat, aku tukar soalan roof plan. Oh haa, soalan awam ada dua lampiran. Satu untuk roof, satu lagi untuk floor plan. Aku buatlah sehabis baik sebab yg roof ni senang sikit, yg kau perlu buat cuma copy je balik apa yg dia dah bagi so aku buat jelah. Aku copy sebijik macam apa yg dia bagi hehe. Siap semua, tuan A datang lagi sekali and buat thumbs up kat aku. That moment, aku rasa aku berjaya kalahkan diri aku yg selama ni sangat taksuka kat lk haha. Okay, lastly aku berjaya siapkan semua lukisan in just 1 and half hour huuuurayyyy :))

Percaya kat diri sendiri, and yup jangan lupa Allah sentiasa ada dengan kita. Kalau kita berusaha, dan kita tak lupakan dia memang Allah takkan lupakan kita dik. So, semoga berjaya dearself! 








No comments:

Post a Comment

Daisypath Happy Birthday tickers