Wednesday : Spent day!

"Buy 2 get one free"

"Shop till you drop"

"Spent, spent, spent"

"Bills, bills, bills"

It happens when we are shopping. Its so crazy to pick the best item to be bought. Orang kata, kalau harga runtuh fuh lagilah rambang mata nak memilih en en. Bagi perempuan, itu semua perkara biasa. Lelaki? Erm no comment pulaklah. Tapi bagi aku sendiri, aku memang susah dalam membuat keputusan untuk membeli. Kalau boleh, mesti nak bawak teman semasa shopping. Suruhlah aku pilih, haha sampai besok pun belum tentu aku dapat buat keputusan yg aku rasa betul sebab aku memang tak pandai memilih ketika membeli. Mama kata, "jangan beli kalau takrasa cantik, kang kau bukan pakai pun" and that is so true. Aku takkan pakai kalau aku rasa benda tu tak kena dengan aku, lagi lagi kalau yg orang belikan tak berapa kena dengan mata aku. Jawabnyaaaaa, memang aku takpakai. Pakai pun may be just nak try try ja, haha kejamnya. 

Bagi akulah, setiap hari Rabu adalah hari berbelanja sedunia. Rasanya? *angkat kening*. Sebab kebanyakkan tempat yang aku pergi mesti ada offer on wednesday. Eh kenapa mesti hari rabu ek? Pelik tapi itulah hakikat yg paling aku perasan. Nak di ikutkan, banyak benda yg offer time hari Rabu. Meh kita list-out sikit.

1.Baskin Robin pinkday - Wed
2.Sushi to Go (30% off) - Wed
3.Wayang (discount, tak kesah cerita apa kecuali 3D) - Wed

Hahaha, sikit ja yg aku tahu tapi tak sesilap akulah ada banyak tau.  Start from now on, kita kena banyak simpan duit dan sampai hari Rabu, berbelanjalah dengan sewajarnya. Hahahaha bagi yg suka makan dekat McD, dia buat offer coffee hari Isnin okay? Hahahaha kalau taksilap ada waktu waktu tertentu dia, bukan main terjah ja okay. Tapi sebenarnya, offer mengikut hari ni boleh bantu sedikit sebanyak. Orang kata, shopping planning lah jugak rasanya sebab dia buat kita macam tak beban sangat en. So, kepada mereka yg suka shopping or beli makanan, jimatkan duit anda dan spent semuanya on wednesday okay? Hihi. 

Ada some instashop yg korang boleh jenguk on instagram! Check-it-out :D

Spent, spent jugak. Tapi jangan boros sangat okay, duit nak pakai untuk keperluan lain jugak. Sikap berjimat cermat perlu di amalkan jugak, jangan nak ikut selera sampai jadi papa kedana. Tukang nasihat ni pun tak kurang jugak boros, so sama samalah kita belajar berbelanja dengan bijak, okay! :)


Panggilan.

Salam sejahtera, salam Maulidur Rasul 1435 Hij kalian. Today topic, Panggilan. Sepanjang bergelar Lepasan SPM ni, baru dua surat tawaran ke universiti yg aku terima. So, kali ni panggilan kedua telahpun mengetuk pintu hati aku untuk berfikir secara matang dan waras sama ada nak pergi interview ataupun tak. Hm, sebenarnya surat tu aku baru dapat pagi semalam (13 Jan '14) tapi dia dah suruh dan memaksa aku buat keputusan malam tu jugak. Haih, rasa nak tercabut kepala otak bila fikir kerja lagi, tempat tu lagi, kengkawan lagi. Haiyo, tapi bila parents aku cakap ni semua demi kebaikan dan masa depan aku, benda tu buatkan aku mula berfikir yg masa depan bukan terletak pada benda yg aku fikirkan tu. Bagi aku, takpelah kalau jauh sikit kot dari kengkawan, alaa bukan lama pun tiga tahun ja kan. Korban sikitlah en. So, aku buat keputusan nak terima panggilan tu and pergi interview tu. Kerja aku pulak terpaksalah aku tinggalkan sekejap, takpelah aku ada benda lain yg harus dikejar selain dari duit tu semua. Orang kata hidup kena kejar cinta dan cita-cita. So, ini adalah sesi mengejar cita-cita. Cinta belum lagi lah kot, nanti dah lepas diploma barulah aku kejar betul betul cinta hati aku, hehek.Takpelah takdpat satu kolej dengan kawan pun, in sha Allah nanti dekat sana kalau aku berjaya di-interview, aku akan dapat kawan baru. Hihi aku kan peramah tahap tiga :B kadang orang pun naik penat layan kerenah aku yg sangat peramah ni, tapi bila time aku malu amboooooi sepatah haram tak keluar dari mulut aku. Aku dah, jangan aibkan diri sendiri. Aku berdoa jugak, panggilan ni membuahkan hasil sebab aku pergi nanti dengan menggunakan sijil percubaan SPM je, hm aku takhebat mana pun. Tapi apa apa pun, manusia ni hidup perlu mencuba. So, ini bakal jadi sejarah dalam hidup aku. In sha Allah, walau kemana pun aku jejak kaki ni, aku taklupa asal usul aku, siapa aku, keluarga aku dan kawan kawan aku. In sha Allah.

Kalian, doakan aku berjaya dan segala urusan dipermudahkan sepanjang interview nanti eh? Seperti manusia lain, aku pun perlukan bantuan, walaupun bukan dalam bentuk ringgit tapi hanya sekilas ingatan tulus ikhlas dan sedikit doa mungkin membantu. Terima kasih, Assalamualaikum.



Its all bout love.

Aku tak kata aku arif dalam bab percintaan, tapi aku ada some true story yg aku rasa aku nak share dengan korang. Benda ni buatkan aku rasa bahawa sebenarnya, memang betul cinta tu buta. Ada satu cerita yang aku pernah baca dan sangat menyayat hati kisahnya. So, teruskanlah membaca kalau nak tahu x)


Ceritanya.

Kisah tentang satu pasangan yang berjanji takkan berpisah lepas diaorang habis sekolah. Diaorang ni bercinta satu sekolah, satu kelas dari form 1 lagi sampailah habis SPM. So, memang dah janjilah kalau nak cari u semuanya sama, and semualah nak sama-sama.Kalau boleh memang taknak berpisahlah orang cakapkan. So, pada mulanya semua nampak tenang. Hubungan diaorang okay je lepas habis sekolah. Perkenalan bermula begini. 
Yang si perempuan ni (lia) sangat cantik dan bijak, boleh aku katakan ramailah lelaki yang nak try tackle dia. tapi dia jenis pemalu, dia taksuka sangat layan lelaki yg dia kurang kenal. 
Sampailah satu hari, dia bukak facebook dia and ada satu mesej dekat IM dia dan dalam mesej tu lelaki tu (aizat) cuba nak berkenalan dengan dia. Dia cuba reply dan satu sesi perkenalan panjang berlaku antara diaorang. Akhirnya satu hari, lelaki tu bagitahu perasaan dia dekat perempuan ni. Lepas dah berterus terang dari hati ke hati last last barulah tau yang perempuan ni sebenarnya memang dah lama minat dekat lelaki tu tapi dia ni kan pemalu, so dia takpernah bagitahu laki tu dan kalau boleh dalam kelas dia nak sangat ajar lelaki ni bila setiap kali lelaki tu takfaham. Malangnya, dia terlalu pemalu. Sampailah satu masa, diaorang cuba berinteraksi dalam kelas. Berbual, berborak sambil belajar buatkan diaorang makin akrab dan semakin hangat bercinta. Percintaan diaorang bukan saja dah banyak bantu laki tu dalam pelajaran dalam masa yg sama telah membuatkan si perempuan ni drop dalam studies dia. Hm bila hari keputusan tiba.Result yang si laki lagi gempak dari si perempuan buatkan si lelaki tu layak untuk bawa diri dia belajar ke luar negara. Lelaki tu dah janji akan selalu setia dengan si perempuan namun setelah sekian lama menetap dia luar negara, dia jadi makin lalai dan lupa diri. Dia jadi terpengaruh dan semakin lupakan si perempuan yg setia menunggu dia dekat Malaysia. 
Setiap hari perempuan tu akan call si lelaki untuk pastikan si lelaki sentiasa sihat, namun semuanya berubah. Lelaki tu selalu mengelat dan cuba reject setiap call dari perempuan ni, katanya busy belajarlah, tengah holiday lah. So, perempuan ni pun percaya dan dia takpernah bantah apa lelaki tu cakap. Sampailah satu hari, perempuan tu bagitau yang dia terpaksa lepaskan lelaki tu memandangkan lelaki tu terlalu sibuk untuk layan dia. Lelaki tu tanpa rasa bersalah lepaskan dia, mungkin dia rasa dia lebih senang dengan kawan baru kat luar negara. Satu hari, dia terbaca satu surat yg dihantar kepadanya berbunyi :

"Awak, kalau awak dah takda masa untuk saya, dah cukup bahagia dekat sana awak bolehlah lupakan saya. Sebab saya terlalu fikirkan awak sampai saya takmampu jaga diri saya dekat sini. Saya harap awak bahagia dengan pasangan hidup awak selepas ni. Setiap hari saya cuba call awak untuk beritahu yg saya sebenarnya sakit dan terpaksa buat pemindahan jantung. Tapi, awak takda masa untuk dengar cerita saya. Takpelah saya faham, dan sekarang ni saya ada dekat wad menulis surat untuk awak andai ini kali terakhir awak lihat tulisan saya. Terima kasih awak sebab awak dah bagi saya cinta awak dulu. Saya hargai. Kekasihmu, Melia."

Waktu tu barulah lelaki tu sedar yang rupanya dia dah hancurkan cinta sejati dia. Bila dia balik ke Malaysia perempuan tu baru je dikebumikan selepas sehari terlantar akibat konflik jantung. Kesal tidak membalikkan nyawa, semuanya hancur tanpa disedari.

Akhir pesanan :

 Jangan terlalu berasa lega dan abaikan si dia bila dia cuba berikan sepenuh kesetiaan dia untuk kita. Jangan pernah amik mudah dan kalau boleh tolonglah luangkan masa untuk pastikan hubungan korang dan korang sendiri okay. Jangan abaikan sebab itu boleh memudaratkan. Appreciate each other, its more better than hoping the one will always care bout us x)


Almost near to the red line.

Assalamualaikum. Harini dah masuk hari ke 18 untuk bulan Disember. Itu maknanya kita makin hampir untuk ambang tahun baru. Nak kata happy tu idok ler, cumanya aku merindui suasana sewaktu aku dekat asrama dengan sekolah. Ehem, orang dah habis sekolah lah katakan en. Taklama lagi Januari nak datang, tapi aku langsung takbuat preparation untuk alam dewasa ni. Hehek, dah nak masuk 18 kot. Kenalah jadi wanita sedikit en, jangan jealous pulak adik adik :p

Sebenarnya, hidup jadi bukan pelajar sekolah ni bukan best sangat pun. Eh better lagi kau pergi sekolah, dapat jumpa kawan walaupun kau taknak belajar. Tapi apa apa pun, aku hargai masa sekolah aku. Walaupun ada waktunya dulu, aku pernah menyimpang niatnya. Manusia, taksemuanya perfect. Tapi lama lama aku bangun dan betulkan niat aku yg sebenar. Aku sedar yg aku pergi sekolah dengan segulung matlamat dan harapan daripada parents aku. Besar tanggungjawab tu! Aiseh.

Sebelum meninggalkan tahun yg bersejarah ni, pastinya aku merindui saat saat bersama dengan kawan kawan aku. Yg baik ke takbaik ke. rapat ke takrapat ke kan semualah. Semua tu jadi memori terindah untuk aku dan mungkin untuk semua orang. En? Wey, walaupun takbanyak tapi pastinya ada sebutir dua yg melekat dalam ingatan. Jangan gebanglah. Memori memang susah nak lupakan, terutama bila kita selalu buat benda tu dengan orang yg sama. Aku rindu kenangan waktu kat asrama. Hihi. Asrama cipta satu memori manis untuk aku yg buatkan aku takboleh nak lupakan dengan mudah. Hhm, okay. Aku harap minggu pengakhiran ni berakhir dengan peristiwa yg indah . Amin.

Permintaan kita bukan selalu termakbul, tetapi yg tak termakbul itu berlaku mungkin ada hikmah disebaliknya. Mungkin ganjaran yg lebih baik cuba Dia berikan untuk kita. Jangan berhenti berdoa, sesungguhnya Dia maha pemurah lagi maha penyayang. 

Freedom?

Assalamualaikum. Pembuka bicara dihulurkan, harap dijawab oleh pembaca sekalian. Setelah sekian lama aku menghilangkan diri di laman blog sendiri ni, kini aku kembali dengan satu gelaran istimewa iaitu Lepasan SPM. Hikhik, setelah beberapa tahun aku sekolah, belajar, tambah kawan, dan kini akhirnya tamatlah zaman persekolahan bagi aku. Hhm, berat hati aku untuk tinggalkan kawan-kawan yang mana suatu masa dulu pernah bersama gelak ketawa dengan aku, mungkin bermusuh dengan aku and sekarang dah pun macam isi dengan kuku, and ada yg rapat dah duduk jauh sebatu ni kan. Walaupun hubungan tu renggang ke akrab ke, tapi aku still rasa yg kita perlu lebih masa untuk di luangkan bersama. Dua tahun takrasa apa, serious talk. Pejam celik, pejam celik tup tap dah dua tahun and dah sampai masa untuk kita semua belajar erti hidup berdikari yg sebenar. Hui, panjang lagi perjalanan kita sebenarnya. SPM bukanlah titik noktah untuk kita capai kejayaan, so for those yg rasa SPM ni membebankan, tukarlah prinsip tu, okay. Lepas ni, jauh lagi kita nak berjalan nak teroka dunia. Hihi. Peninggalan aku diharapkan berbaloi setelah dua tahun aku menuntut ilmu dari guru-guru yg berpengalaman dekat Sekolah Teknik Kuala Selangor. Bermacam pengalaman dah aku timba dekat sana, aku belajar erti persahabatan yg sebenar. Baru aku tahu yg kita takboleh nilai orang dari luaran and cara dia layan kita. Maybe luaran dia nice, tapi nawaitu dia kita takmampu nak singkap sampailah kita tahu siapa dia yg sebenar. Dahlah, cukup banyak pengalaman yg buatkan aku rasa aku takboleh bergantung pada orang. Aku kena usaha sendiri untuk dapatkan apa yg aku nak. So, korang jangan rasa yg korang sentiasa perlukan pembantu. Kadang, ada benda yg terpaksa kita harung sendiri untuk capai apa hasrat hati kita. Bagi aku, aku takkan pernah mengalah dalam mengenal erti kawan. Asramalah yg banyak ajar aku pasal kawan ni. Apa pengalaman korang pulak lepas dah 10 tahun bergelar sebagai pelajar sekolah? Hihik. Masing-masing ada cerita masing-masing, cuma terlalu banyak sampai tak terungkap dek kata-kata kan? Takpelah, hati lebih memahami. Warning to all my ex ex ex ex ex ex schmates and other friends! Jangaaaaaaan lupakan aku tau tau. Aku akan ingat korang walaupun lupa nama panjang korang, okay. So, have a good life out there. Till see then guys ~

Aku selalu mengaharapkan adanya orang yg sentiasa memahami aku. Tapi takdapat sebab takda insan yg sempurna. Hidup perlu diteruskan, belajar berdasarkan pengalaman kerana pengalaman mendewasakan kita.

Happy Eid!

Peace upon to everyone. It is almost 29 of Ramadan bro, and we are near to Aidilfitri. Terbaca post dari kawan MukaBuku aku katanya, bagi orang lain mungkin ucapan yang dikeluarkan pada musim perayaan ini adalah Selamat Hari Raya tapi bagi kami semua budak budak calon SPM ialah Selamat Hari Trial. Trial kitaorang tak lama ja selepas seminggu puas beraya, tapi aku rasa mungkin tak raya sangat kut tahun ni memandangkan aku sendiri yang akan menghadapi peperiksaan besar seumur hidup aku. 

Bukan ja banyak duit dan tenaga yang dah aku korbankan, tapi juga dari segi masa dan mungkin juga tanggungjawab sebagai seorang yang pelajar telah aku korbankan demi SPM. Masa tidur yang semakin kurang, masa main yang terpaksa dikurangkan semata-mata untuk pastikan aku punyai masa yang cukup untuk uruskan semua ulangkaji aku selain dari membaca dan menghafal. Raya yang bakal datang akan aku manfaatkan secukupnya untuk aku buat persiapan demi trial. Tetapi aku belum cukup yakin yang aku mampu untuk dapatkan apa yang aku hajatkan. But, an old sayings said "no venture, no gain" . So, apa salahnya mencuba sedaya upaya.

Tahun ni, aku akan raya sama macam raya aku yang pernah aku lalui pada tahun tahun lepas. Sama ja, takda yang berubah pun sebab aku sangatlah malas nak cari benda baru buat raya aku. Orang kata apa tu, cari perbezaan sikit? Haa macam tulah. Aku malas nak cari semua tu sebab persiapan aku untuk raya pun macam ala kadar ja. Nak meriah sangat pun buat apakan, aku dah besar bagak dah. Hihik.

Abang abang aku semuanya dah besar besar, dan masing masing dah ada kerjaya sendiri sampai kadang terlupa untuk jenguk mak ayah aku. Aku kadang rasa macam kesunyian since abang abang aku dah besar ni, sebab kalau dulu time kecik kecik kitaorang selalu sangat tolong mama sama buat kuih raya then kitaorang mesti curik curik makan kuih raya yang dah siap buat tu. Kadang sampai kenyang tau kitaorang tibai kuih raya yang dah siap tu. Mama kadang sampai terpaksa buat lebih untuk pastikan kuih raya tu cukup sampai ke hari raya, al maklumlah budak budak mana cukup hari puasa kan. Hihi.

Bila sampai ja rumah nenek, aku dengan abang abang selalunya akan pasang plan baik punya untuk main dengan sepupu yang lain. Uih, time hari last puasalah hari yang paling best bagi kitaorang adik beradik sebab kitaorang mesti takpuasa and akan curi benda yang nenek goreng kat dapur terutama sekali ayam. Hahaha, abang akulah yang ajar curik ayam tu. Pastu nanti kitaorang share share ayam tu reramai makan dekat laman nenek. Baik aaaaaa. Hihik. Sampai petang sikit, kitaorang mesti main kat laman rumah nenek. Main apa tau, main panjat panjat pokok, main pontianak pontianak. Haha, akulah pontianak nya sebab dulu kecik kecik aku suka simpan rambut panjang sampai pinggang. Nanti aku akan mengilai then sepupu aku yang kecik kecik tu semua jerit macam orang gila, best gila doh. Malam, macam biasalah. Main mercun! Abang aku akan jadi ketua main mercun dekat kampung lebih lebih lagi main mercun roket. Nanti kitaorang cari botol then pancarkan mercun roket tu ke langit. Haha, abang aku suka betul main dekat area kabel letrik atas rumah nenek aku. Aku risau tapi apakan daya aku join ja.

Dan mungkin itulah serba sikit pengalaman aku sepanjang aku membesar dengan abang abang aku. Pengalaman manis ni takkan aku lupa sampai aku tua dan mungkin aku ingat sepanjang keberadaan aku dekat kampung tercinta aku, Alor Gajah, Melaka. 

Salam Aidilfitri buat semua pembaca, sahabat handai dan kaum keluarga tersayang. Di doakan agar perayaan anda akan lebih diberkati dan dirahmati-Nya. In sha Allah. Doa dan harapan dipanjatkan kepada Ilahi buat rakan rakan seperjuangan yang bakal menghadapi ujian besar pada tahun ini. Semoga Berjaya dan Selamat Beraya!

Changed!

Assalamualaikum kepada semua pembaca yang dihormati. Alhamdulillah aku masih bernyawa lagi pada hari ini bersamaan 26 Ramadan 1434 Hij. Aku terlalu banyak post pasal lelaki kan sebelum ni? So, I decided to change it. No more heartless and everything. Aku nak lupakan semua yang pernah aku lalui, in sha Allah aku akan berjaya. So, sama samalah doakan yang aku akan berjaya dalam hidup dalam apa saja urusan. Okay? 

Hidup ini umpama roda, ada kala kita dekat atas dan ada masanya kita duduk dibawah. Jadi jangan pernah takut dengan bayang bayang sendiri. Hadapi semua cabaran dengan tenang kerana Allah sentiasa bersama kita. Bagi aku, walau sesakit mana pun kita, sentiasa tanam dalam pemikiran yang ada orang lagi susah dari kita dan yang paling penting, setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya. Hidup aku dulu mungkin sakit, sekarang dah ada yang tolong guide so alhamdulillah. Aku taknak jadi macam dulu, yang mana seorang lelaki pernah buat aku rasa macam tuan puteri yang penuh dengan dosa. Aku nak berubah. Aku harap dia dapat bimbing aku ke arah yang lebih baik. Aku tahu bukan senang nak jadi mukmin yang sejati, semua tu perlukan istiqomah yang teguh. 

Memandangkan trial aku tinggal beberapa hari ja lagi, maksudnya aku kena bekerja keras untuk masa depan. Berpegang dengan kata-kata cikgu aku, "korban untuk tahun ni, raya sekejap pun biarlah, yang penting awak dapat caoai apa yang selama ni awak usahakan". Cikgu banyak membantu murid dengan menaikkan semangat yang hampir pudar ni. Kawan kawan aku pun banyak naikkan semangat aku, terutama sekali Fina. Dia buat aku jealous dengan kejayaan yang dia peroleh. Lagi lagi dalam subjek addmath. Maya pulak sentiasa jadi idola aku dalam LK. Dia sentiasa dapat markah yang tinggi, buatkan aku rasa nak belajar dengan dia selalu. Hampir apa yang aku lukis semuanya aku refer dekat dia, bukan apa she is good student and also a great teacher for a slow learner like me. Apek pulak banyak bantu aku dekat modemath, aku ni lembab sikit dekat subjek tu so masih perlukan guiders. Hihi. Tak dilupakan Aina yang sangat hebat on Chemistry, tapi didsebabkan aku ni tak satu kelas so tak selalu mintak tolong dia ajarkan. Dalam kelas aku, ada Aiman dengan Taj yang boleh aku kata hebat dekat English. Bagi diaorang, English is simple when you know the rules and regulation. So, diaorang juga banyak sangat tolong aku perbaiki masalah grammar aku.

Nak cerita semua, memang taktersebutlah semua nama kan? So, terima kasih kepada semua yang dah banyak bantu aku selama ni. In sha Allah semua ilmu yang telah korang curahkan selama ni kepada aku akan dimanfaatkan sepenuhnya. Yang penting, sama sama kita doa semoga kita semua jadi pelajar cemerlang 9A! Amin.

Terima kasih kepada semua. Semua orang yang pernah tolong aku sebelum ni, baik dari aspek duit, tenaga dan ilmu. Terima kasih korang, in sha Allah jasa baik korang akan dibalas dengan ganjaran yang berlipat kali ganda.
Daisypath Happy Birthday tickers